Alhamdulillah.... Tak sangka rezeki musim cuti sekolah selama dua minggu bermula 25 Mei hingga 9 Jun 2013 ini mencurah-curah sehinggakan tidak menang tangan kami untuk menguruskannya. Sejak dari hari pertama cuti sekolah bermula, JM Homestay ini telah di duduki oleh beberapa buah keluarga yang mana telah menempah homestay kami beberapa bulan lebih awal memandangkan musim cuti sekolah bersamaan dengan musim perkahwinan. Banyak keluarga yang menghubungi kami untuk membuat tempahan, namun ada diantaranya kami terpaksa tolak kerana homestay yang sedia ada telah di tempah.
Terima kasih kami ucapkan kepada para pelanggan yang sudi menginap di JM Homestay. Di harapkan di masa akan datang, lebih ramai lagi yang akan menginap di sini. Sekiranya anda ingin menginap disini sewaktu musim percutian, anda dialu-alukan untuk membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan masalah di masa akan datang.