Resipi Sambal Tumis Terung Belanda

Bahan
Terung Belanda 300g
Ikan bilis 200g
4 labu bawang
3 ulas bawang putih 
50 g cili kering
1 sudu  besar sos tiram
1 cawan stok  udang
1 cawan air asam jawa
1 sudu kecil  gula
1 batang  halia
3 cm belacan 
3 sudu besar minyak masak

Cara membuat 
1. Basuh ikan bilis dan terung belanda/terung  pipit. Tuskan.
2. Kisar bawang, cili kering dan belacan
3. Tumis serai yang telah dititik sehingga kekuningan.
4. Tumis bahan kisar sehingga  pecah minyak.
5. Masukakan stok udang dan air asam jawa dan biarkan mendidih.
6. Masukkan  terung dan ikan bilis. Jika suka boleh  goreng  dulu ikan  bilis. Tunggu  hingga mendidih.
7. Perisakan dengan garam, sos tiram serta gula.
8. Bila dah agak kering  matikan api dan sedia untuk  dihidang.
9. Sesuai dimakan dengan nasi putih ,  nasi  lemak atau dimakan dengan roti .

Selamat  Mencuba

No comments:

Post a Comment